Thursday, July 23, 2009

RK4 & MARA Recognition Night 2009-1



HOTEL SERI MALAYSIA, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
15HB JULAI 2009 Jam 8.30 malam

Majlis penyampaian Mock Cek kepada kepada usahawan-usahawan
Caely cawangan Seremban yang cemerlang dalam program pelan RK4
dan MARA. Seramai 12 orang telah mendapat insentif pertama dalam
pelan RK4 dan 5 orang dalam pelan MARA. Manakala 2 orang komited
leader telah dipilih dan menerima penghargaan. Kesemua mereka
mendapat habuan antara RM1,500 hingga RM9,000 setiap seorang.

Penyerahan Mock Cek disempurnakan oleh Pengurus Besar
Caelygirl (M) Sdn Bhd Mr. Charles Fong.

Para tetamu malam itu dijamu dengan jamuan ringan sebelum majlis
dimulai dengan nyanyian beramai-ramai lagu Caely dan mendapat
tepukan Caely yang padu dan penuh semangat.

Persembahan pengenalan produk terbaru iaitu Vita-Lemon dan
demo Relaxi oleh Pengurus Produk Ms Shara Lee. Juga demo
MI Water Filter oleh Pengurus Kawasan Central Mr. Cheah.

Penerangan pelan RK4 dan amanat-amanat lain kepada leader-leader
Caely disampaikan oleh Pengurus Besar Mr. Charles Fong.

Para komited leader telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dan
pengetahuan mereka dalam membina empayar sebelum mencapai
kejayaan dan ini diharapkan dapat meniup semangat dan keyakinan
kepada ahli-ahli lain mengharungi ujian dan cabaran dalam
memulakan perniagaan.

Cabutan bertuah juga diadakan bagi memeriahkan suasana pada malam tersebut.

Majlis berakhir pada 11.30 malam.

No comments:

Post a Comment