Tuesday, September 15, 2009

PERUTUSAN SEMPENA MALAM ULANGTAHUN CAELY KE-23



Tarikh : 15 September 2009
Kepada : Stokist/ Ketua Kumpulan
Daripada : Pengurus Besar
Perkara : MALAM ULANGTAHUN CAELY KE-23


DEBARAN SEMAKIN TERASA! Malam Ulangtahun Caely ke-23 semakin menghampiri kita semua. Majlis berprestij yang akan diadakan pada 23 Oktober 2009 pastinya menggegarkan dewan Sunway Convention Centre. Bertemakan ‘MAJU & MEWAH melalui Program Usahawan
Bina Usahawan’ bakal menyaksikan himpunan para usahawan
yang berjaya meraikan kejayaan manis masing-masing dan
pastinya kenangan terindah mengiringi malam penuh gemilang itu.

Untuk makluman semua Stokist/Ketua Kumpulan, program Seminar
Motivasi yang dijadualkan diadakan pada sebelah petang
sebelum sambutan Malam Ulangtahun Caely ke-23 dibatalkan
di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Segala
kesulitan adalah amat dikesali. Bagaimanapun, tentatif
program pada Malam Ulangtahun Caely ke-23 masih kekal
seperti di awal perancangan dan tiada sebarang perubahan
dilakukan.

Bagi Ketua Kumpulan yang membeli 1 meja bernilai RM1000.00,
anda layak mendapat 1 hadiah misteri yang bernilai RM1500.00
ke atas. Jadi, rebutlah peluang keemasan ini sebelum terlewat.
Tawaran hanya pada Malam Ulangtahun Caely ke-23 sahaja
mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Berita baik! Bagi setiap pembelian 1 set Power Start CAE001 atau CAE002,anda layak mendapat 1 tiket ‘Lucky Draw’ untuk cabutan ‘Hadiah Perdana’ yang akan menjadi habuan bagi yang bernasib baik
pada malam tersebut. Bagaimanapun, bagi anda yang tidak membeli 1 set Power Start, ‘Lucky Draw’ masih boleh didapati di pintu masuk dan pastinya masih ada hadiah menarik akan menanti anda di sana.

Melalui program kerjasama dengan Bank Muamalat, program RK4
telah berjaya dilaksanakan. Perkembangan positif yang telah
ditunjukkan membuatkan ramai individu ingin menyertai program
hebat ini. Selain dapat membasmi kemiskinan dan membantu
mereka yang memerlukan bantuan dari segi sokongan moral
dan kewangan dalam memulakan perniagaan,program ini telah
berjaya menjadikan individu menjadi seorang usahawan yang
berjaya mencapai pendapatan sehingga lima angka.

Bagi anda yang ingin membuat ‘CTOS Checking’ di Bank Muamalat,
bayaran RM5.00 dikenakan bagi setiap orang dan kepilkan bersama
salinan kad pengenalan dan Borang Bank Muamalat berkuatkuasa
15 September 2009. Apabila permohonan anda sudah diluluskan,
bayaran RM5.00 tersebut akan dikembalikan.

Terima kasih ke atas sokongan anda yang berterusan. Datanglah
beramai-ramai ke Malam Ulangtahun Caely ke-23 bagi bersama-sama
menyokong kejayaan Caely dan anda semua.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Zon anda.

“MAJU DAN MEWAH melalui Program Usahawan Bina Usahawan”

Salam Ikhlas,


Mr. Charles Fong
Pengurus Besar

No comments:

Post a Comment