Saturday, October 17, 2009
Ciptalah kegemilangan sendiri
Ciptalah kegemilangan sendiri
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Ini boleh tahan sikit, tidak sukar mempercayainya. Pendek kata, setiap yang berharga mempunyai nilainya tersendiri. Semakin mahal nilai sesuatu barang, maka proses untuk mendapatkannya pun adalah semakin sukar. Kebiasaannya, setiap yang berharga mempunyai identitinya tersendiri. Bukan calang-calang orang mampu memilikinya dan disitulah terletaknya kehebatannya.
Kalau hendak seribu daya dan kalau tidak seribu dalih. Setiap kejayaan harus bermula dari diri kita, bertitik tolak dari empunya diri itu sendiri dulu. Orang lain hanya sekadar menyarankan sahaja, terpulang pada diri kita sendiri. Kalau kita meletakkan kejayaan sebagai visi dan misi kita, maka mulakanlah perjalanan seribu kilometer, mesti bermula dari langkah yang pertama. Bergerak ke hadapan (kalau berjalan secara mengereng atau senget, alamatnya tidak lama lagila tu) dan penuh yakin. Binalah keyakinan diri sendiri dan kejayaan tidak jauh daripada anda. Maknanya, lambat laun anda akan mencapai juga kejayaan tersebut. Cuma, lambat atau cepat sahaja.
Ramai orang bertanya tentang aspek kejayaan. Boleh berjaya ke tidak?.Macam mana hendak berjaya? Apa sebenarnya kejayaan itu?. Dalam kehidupan saya, tidak pernah mengecapi nikmat kejayaan dalam hidup. Kenapa saya susah sangat?. Mungkin juga rezeki saya tidak ada, biarlah. Kalaulah kejayaan itu sesuatu yang sangat sukar untuk digapai(capai), maka tidaklah ada makna dan nikmat kejayaan. Kepada sesetengah orang, semakin sukar sesuatu usaha, maka dia semakin gigih. Kenapa?. Ini soal kebiasaan diri atau disiplin diri. Dalam ertikata lain, biasa-biasakanlah diri itu dengan kesusahan. Sesungguhnya Allah Maha Melihat. Mungkin sesuatu kejayaan yang kita peroleh, adalah perkara biasa bagi orang lain. Dimata orang lain, itu bukan satu kejayaan. Biarkanlah, itu pendapat dia. Saya berpendapat bahawa kejayaan itu bukanlah matlamat sebenar, tetapi proses untuk mencapainya adalah kejayaan utama.
Jatuh bangun dalam hidup, adalah lumrah biasa. Kalau kita jatuh, bersegeralah bangun dan inilah proses kejayaan sebenarnya. Satu fasa kejayaan telah bermula. Sesiapa yang berjaya, maka dia sendirilah yang menikmatinya. Contohnya, setelah berminggu-minggu belajar menunggang basikal akhirnya kanak-kanak tersebut berjaya. Dia menjerit keseronokan sambil mengayuh basikalnya ke hulu dan ke hilir. Bangga. Kanak-kanak tersebut begitu menghayatinya dan dia semakin teruja. Persoalannya, kenapa harus kita meletakkan orang lain menilai kejayaan kita?. Orang lain pula yang meletakkan garis panduan untuk menilai sesuatu kejayaan yang kita peroleh?. Mungkin keadaan orang lain tidak sama dengan keadaan kita. Mungkin platform dia lebih mudah atau dia mempunyai prasarana yang memungkinkannya untuk mencapai kejayaan dalam masa yang lebih singkat.
Apapun, kita lebih mengetahui tahap kemampuan diri kita sendiri. Kita juga mempunyai pendekatan tersendiri, pegang yang itu kuat-kuat dan teruskannya. Dan jangan lagi asyik mempertikaikan diri sendiri dan membandingkan dengan orang lain, jika begitu anda kamu pasti tidak akan kemana-mana.Dan yang akhirnya, kita juga yang gagal dan rugi sendiri, dan bukannya orang lain. Fikirlah selalu dan tanamkanlah dalam fikiran, kita yang menentukan kejayaan kita sendiri. Kita yang mahu yang sebagaimana. Tetapkanlah matlamat hidup. Pegang dan genggamlah seerat-erat dan sekuat hati, walau apapun yang datang, harungilah dengan tenang kerana semua adalah ujian dan dugaan, juga kegagalan sementara sebelum mencapai kejayaan yang kita idamkan.
(bersama nukilan-Mohd Huzairi-Perunding Motivasi Self Dynamic and Management Training Consultant)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment